Wednesday, April 27, 2016
My skin isn't my skin anymore.
Allahu, Tuhan je tahu.
Dulu, masa diploma. Muka jarang naik jerawat tapi yela maybe sebab nak putih sikit dan nampak bermaya. dan tak nak lah nampak selekeh sangat kan. Baru confident. Maka, aku cuba satu product Malaysia, Dnars. Dari tahun akhir diploma sampai 2 tahun degree. Sangat consistent guna.
& dalam tahun ni tangan rajin search tentang product local(product Malaysia). Terlalu banyak feedback yang buruk terutama ni lah, Dnars. Maka aku tekad untuk stop. 2 minggu lepas stop, memang tak pakai apa product. Sejak tu, perlahan-lahan segala keturunan jerawat naik. Lepas 2 minggu, try product Aiken & aloe vera gel. Dalam masa sama cuba buat petua petua orang dulu dulu. Kunyit, beras, madu, pokok aloe vera, & terbaru rumpai laut. Semua tu aku guna.Alhamdulillah perlahan-lahan muka dah ok & parut berkurang. Tapi jerawat still ada naik.
Tiba-tiba, dalam minggu ni jerawat tak naik. tapi muka merah merah dan sangat pedih. Tak tahu teruk sebab apa. I dont know why. So, stop pakai semua product. Tunggu masa nak check doctor sekarang ni. Yes, conclusion harus jumpa doctor.
Tapi sekarang, aku malu. malu nak jumpa orang. Malu nak pergi class. Malu nak pergi campus. Allahu, dugaan. I hope my skin gets back to its normal state soon.
Monday, April 18, 2016
Berjauh hati
Kita kawan bertahun,
Tapi akhir ini kita selalu berjauh hati,
Kita selalu bertengkar hanya benda kecil,
Walaupun hanya bertengkar sekejap,
Tapi benda ini sangat tak best.
Mengapa kita selalu berjauh hati,
Selalu menyendiri dan terasa hati,
Mungkin kita tak sehaluan,
Kalau kita berpacaran,
Mungkin kita dah tak bersama,
Sebab kita tak sehaluan dah tak bersefahaman,
Tapi nasib kita hanya kawan.
Aku cemburu lihat kau bercakap baik, bergurau bebas dengan kawan lain,
Sedang aku, cakap sikit kau lawan.
Bila kawan lain nasihat kau dengar seratus peratus,
Tapi bila aku nasihat kau bantah seratus peratus,
Lama lama aku pasrah dengan hubungan kita.
Aku rasa, aku patut diam atau kurang bercakap dengan kau,
Untuk elak pergaduhan.
Jadi, kalau aku kurang cakap,
Jangan tanya aku,
Tanya diri sendiri.
Untuk manusia bergelar sahabat.
Friday, April 8, 2016
Mencari
Umur 20-an ni, bukan masa untuk kejar life goals, relationships goals yg merepek yang sangat sinonim dengan remaja kat luar tu. Yang langsung tak munasabah. Raih popularity sangat. Please be real.
Hidup aku sekarang ni, aku nak kejar banyak benda. Belajar tinggi tinggi then dapat kerja bagus. Perlahan-lahan balas budi family.
Kalau boleh, aku nak adik adik jadikan aku idola. Cari kakak tak kira mana dorang pergi. Ingat kakak tiap apa dorang buat. Salah satu impian
Bukan masanya untuk cari lelaki sado, putih melepak, kaya raya yang boleh buat everything untuk kau. Yang beli benda mahal untuk kau. Yang buat surprise depan mata.
Bukan okey. Sebab apa, sebab tanpa lelaki itu semua pun kita sebagai perempuan boleh buat semua tu.
Apa guna belajar tinggi tinggi tapi tak boleh buat semua tu sendiri. Buat atas usaha sendiri lagi puas.
So, life aku belum goals. Tapi bukan goals macam yang ramai sembang tu.
Friday, April 1, 2016
Jangan datang lagi
Hari hari aku doa, semoga semua rasa bertahun ni hilang pergi jauh jauh. Andai dia bukan untuk masa depan.
Andai rasa ini tak hilang, moga Dia isi dengan manusia yang baik baik. Supaya aku lupa rasa yang tak sepatutnya. Aku tahu, Allah tunaikan doa yang itu.
Walaupun lambat, tapi aku tahu Allah jalankan tugas Dia. Aku pasti Dia makbulkan doa aku. Sebab Dia takkan biar hamba Dia susah diluar kemampuannya. Aku yakin.
Tapi sekarang, apa yang aku rasa. Aku lagi tenang dari tahun tahun lepas. Apa aku rasa? Biar Dia sahaja tahu.
Terima kasih ya Allah, atas segala nikmat Mu.
Saturday, March 5, 2016
I will
Im not a good listener. Yes, sangat sangat teruk. Lagi lagi bila aku busy tapi orang nak jugak cerita. Lagi lagi bila aku mood tapi orang tetap ajak borak. Haa kasi lempang boleh? Tp kenkadang aku memang malas nak dengar orang bercerita. Buat buat dengar pun ye jugak.
Im not a good adviser. Lagi lah tak. Dengar cerita orang pun tak, pe lagi nak nasihat. Tapi aku tak paham, kenapa orang suka tanya pendapat aku. Lagi lagu soal cinta. Aku fail babe bab cinta.
Im not a clever person. Haaa, memang tak. Sebab tu bila study/assignment kawan kawan semua tak carik aku pun. Pastu, bila aku bagi pendapat semua tak percaya. Sebab aku tak pandai
Im not a good daughter. Kasihan, kasihan mama papa. Banyak sangat buruknya.
Im not a good sister. Selalu sangat buli/ ugut adik adik. Bergaduh setiap hari tak payah cerita.
Im not a good friend. Rasa macam ada 3 4 orang bestfriend yang betul rapat, luar dalam aku tahu. Tp, makin usia meningkat ni, kita dah tak rapat. I dont know why.
Im not a good person. Got it, i wil do my best for you, let's try to be the best. & im really sorry.
Wednesday, February 24, 2016
Badik
Sadisnya hidup bila ada class hari Sabtu ni.
Lngsung tak dapat balik Seremban, kalau dapat pun mana puas weyh.
Rindu lauk Mama.
Rindu nak salam peluk cium MamaPapa,
Rindu nak degil tak dengar cakap MamaPapa,
Rindu nak bertekak dengan adik-adik,
Rindu nak menang je dengan adik-adik,
Rindu nak arah itu ini dengan adik-adik,
Weyh rindu weyhhhhh.
Nak balik sekarang.
Friday, February 12, 2016
Jenis nak menang
Adalah dalam 3 4 orang kawan yang bila borak semua dia nak menang, even apa yang dia cakap tu salah. Kadang-kadang aku cuba betulkan apa yang salah, tapi dia nak menang jugak. Last last aku yang sakit hati.
Jadi, aku tengah belajar untuk diam & tak banyak borak dengan spesis orang macam ni. & aku cuba hadam perangai orang macam ni. Aku cuba weyh.
Sebab, kalau aku layan weyh mungkin akan jadi terputusnya silaturahim. Mulut perempuan kan. Ya Allah minta di jauhkan semua ni jadi.
Maka, aku cuba beralah. Moga Tuhan terus kuatkan iman aku.
Tempat ku sujud
Jujur, aku selalu lupa Dia. Masa susah, sakit, kecewa, sedih baru carik Dia. Ya Allah terasa hinanya aku.
Jujur, waktu aku gembira, ketawa, senang hati, aku selalu lupa Dia. Ya Allah kejinya perangai aku.
Jujur, aku rindu Dia. Terlalu rindu. Aku tahu, Dia pun rindu aku.
Terima kasih Tuhan ku, sikit pun tak lupa aku. Sejak akhir ni, Kau jarang duga aku. Tapi, Kau hantar sorang demi sorang, beri aku petunjuk untuk dekat pada Mu.
Ya Allah aku bersyukur. Terima kasih Ya Allah. Moga Engkau tidak terus lupa aku, & tidak henti beri aku petunjuk.
Hamba mu yang kerdil.
Thursday, January 28, 2016
Ketawa bersama menangis pun bersama.
Hari-hari pegang phone, hampir sehari suntuk pegang then gelak macam orang tengah angau. Haaaa, tu lah tanggapan orang sekeliling.
Tapi tahu tak, siapa buat gelak sampai orang kata kita angau? Kawan-kawan, sahabat.
Kadang-kadang rasa takde boyfriend pun takpe. Kawan boleh buat kita ketawa, senyum, gelak, menangis, semuanya.
Tapi aku tahu, sometimes kita perlukan jugak someone utk rasa special. Utk tak rasa lonely, forever alone. In shaa Allah, one day.
But for now, thank you to all my friend😘
Sunday, January 24, 2016
Datang then blah
Baru baru ni, kawan aku buat statement camni kat aku;
"Kitorg semua nampak kau tak nak terima orang lain. Haritu lah hahahahahahahaha"
Whattt??? Aku tak perasan langsung semua tu & aku tak rasa pun macam tu. Tapi, dorang yang nampakkan, bukan aku.
Tapi jujur, ada je orang datang nak berkawan, then aku kawan lah. Takkan nak tolak. Tapi lama-lama semua blah. Dah tu takkan aku nak paksa stay kot.
Yang ajak masuk dalam hati pun ada, baru beberapa hari kenal. Come on, aku tak nak bagi pisang berbuah dua kali sejuta kali pun tak nak.
So sekarang, siapa nak datang, datang je lah. Aku alu-alukan, kalau nak blah pun silakan.
Saturday, November 28, 2015
Janji!
Aku bukannya serik. Sebab aku pun pernah berjanji, tapi last-last mugkir janji, Kecewa tau rasa tu, aku tahu. Sebab aku pun rasa.
So, kalau boleh aku pun tak nak dengar orang janji dengan aku. Kau buat baru aku percaya.
Contoh; Family kata nak bagi emas berguni-guni, last last harapan.
Kawan-kawan kata nak bagi rumah terus tak payah bayar tapi tak bagi pun.
Boyfriend; janji hidup semati sekali kau yang mati dulu.
So, tak payah janji k.
Ini contoh gampang!
Aku pun selalu berjanji, janji kat diri sendiri.
Konon kata; tak nak tinggal solat 5 waktu sehari, tapi janji palsu.
Konon kata; tak nak buat kerja last minute, ehh itu lagi menipu.
Konon kata; nak jadi kakak yang baik tak nak marah adik-adik, tapi setiap hari marah jugak.
Haaa, kan dah janji kat diri sendiri tapi tak buat!
Aku sendiri janji palat dekat diri sendiri, ni kan pulak nak berjanji dengan orang!
Tuesday, November 24, 2015
Tak boleh!
tapi tak boleh! Kenkadang aku ingat aku dah lupa, tapi tak!
Seksa, seksa sangat.
Kita berpisah cara baik, tapi kenapa aku tak boleh lepaskan kau dengan cara yang baik?
Puas aku paksa, puas aku cuba.
Tapi, antara sebab-sebabnya; kawan-kawan. Yes, kawan selalu sebut nama kau. Tapi sebut dalam nada bergurau. Lagi satu, ada satu muka yang serupa dengan kau dekat kampus tu. Setiap minggu mesti nampak. So macam mana aku nak move on?
Aku sedih. Apa aku rasa ni, aku tak tahu nak cerita kat siapa. Siapa je nak dengar cerita yang sebenarnya dah lama basi? Tapi ini soal perasaan. Aku sendiri tak paksa rasa ni.
Orang kata, antara sebab tak move on tu adalah apa? Kalau kau pandai mesti kau tahu. Kau fikirlah.
Friday, November 6, 2015
Typical kawan
Siap kata dulu belajar Rembau boleh je setiap hari balik. Haaaaa sekarang aku nak cakap orang camni perangai serupa apa? Dulu aku diploma weyh, dari rumah ke Rembau tu setengah jam je. Sekarang aku degree weyh. Pelajaran lagi susah. Macam ni lah typical kawan.
Ada siap cakap, dulu boleh je borak kat whatsapp. Aku tak tahu lah nak sembang orang cani serupa apa.
Wednesday, November 4, 2015
"Forever alone"
Kau nak chill layan diri kau sekejap.
Kau nak kurung diri dalam satu tempat sensorang.
Atau kau nak berjalan kat shopping mall sensorang.
Atau bila kau start pakai earphone dan tak layan sesiapa dah.
Dunia kau je!
Merewang
Mula lah layan lagu-lagu sedih pastu mulalah throwback tahun-tahun lepas. Mula lah baca cerita cerita sedih. Mulalah selak selak cerita lama. Mulalah layan lagu jiwang (Haaa, last aku layan lagu jiwang masa hati baru ranap dulu) Tu yang tak suka 'forever alone' tu.
Melayang
Haa, sekarang ni aku tengah rasa. Confirm housemate aku fikir aku touching. Sebab apa? Sebab aku pun tak tahu. Ehhh lantak lah. Janji aku nak 'forever alone' sekejap.
Wednesday, October 14, 2015
JAUH
Ehh tak tak. Ni lirik lagu, bukan luahan hati.
"Ehhh bukan dulu korang rapat ke?" Haaa soalan macam ni konon tengah trend dekat twitter.
& honestly, soalan macam ni paling susah nak jawab. This hurt, everytime.
Apa perasaan, dulu kau rapat dengan someone tetiba kau jauh dan kadang-kadang rasa awkward nak borak bila jumpa.
Aku masih tak dapat nak handel situation ni.
Kadang - kadang tak tahu kenapa tiba-tiba jauh dan terus jauh. Spoil weyh benda macam ni.
Sunday, October 11, 2015
Meroyan
Sebab apa dah lama tak meroyan, sebab housemate selalu baraikan hidup aku.
I dont know why, dalam bulan ni asyik terfikir kau,
Padahalkan weyh, kau dah lama tak muncul dalam hidup aku.
Please lah, kasi aku tenang sekejap.
Aku nak rehat sekejap, dalam setahun dua mungkin.
Aku penat bercinta bertahun tapi terkandas,
Penat sangat. Bertambah penat bila orang sekeling selalu cakap aku tak reti move on.
Nak je aku sumpah seranah. Rasa lah apa aku rasa dulu baru keluar ayat macam tu.
Kasihanilah aku.
Jujurlah, kenkadang hidup single best, sebab tak perlu jaga hati orang, pastu tah yah selalu sakitkan hati orang. Kasihan hati orang tu.
Tapi paling tak best, kenkadang kau akan rasa hidup kau "forever alone".
Kalau dulu selama bertahun tahun kau ada tempat mengadu, kau ada best friend, kau ada boyfriend, package tau. Susah nak dapat package macam tu. ( Tapi package macam tu dah hilang. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA) Perli diri sendiri, sebab housemate selalu perli camtu. Tak tertusuk, tapi gelak sendiri.
Kau akan rasa dunia kau tiba-tiba berubah bila kau hilang tempat mengadu yang selama bertahun itulah tempat mengadu kau, aku tahu Tuhan ada Tuhan tak pernah lari. Syukur yang itu.
Aku cuma tak nak bercinta lagi, nak bercinta lepas kahwin. (Tapi andai kata ini tak menjadi, ampunilah daku. Kita hanya merancang Tuhan menentukan) Tunggu lah habis degree baru cerita lebih lanjut ye. Sekarang ni kita rehat sama-sama ye, Bertahun bercinta kan. Kasi suci jap hati ni. Sedapkan hati sendiri jugak.
P/S; Saya baik baik je, jadi awk pun baik baik je. Saya ok je, jadi awak pun ok ok je.
Sorry, terlebih emosi.
Thursday, August 6, 2015
Kawan rapat lelaki
Aku terlampau ramai kawan lelaki,
Tapi ada seorang dua yang rapat boleh cerita memacam (tapi tak lah memacam sangat)
Ni nak cerita pasal kawan rapat yang baru mula rapat.
Bukan boyfriend, tapi tulah. Ramai sangat ingat kitaorang couple.
Lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan rapat ke?
Dulu, dia lah yang bagi semanagat bila aku jatuh tersungkur,
Walapun sebenarnya dia datang lambat.
Mungkin sebab aku single & dia single tu yang ramai ingat bercinta,
Sampai kawan kawan rapat yang lain pun fikir macam tu,
Tetapi dia tengah usha seorang perempuan yang sangat wowww cantiknyaaaaa,
Aku doa kau berjaya, & in shaa Allah ada jodoh tak kemana.
Kepada kau lelaki berkenanan;
Thankyou sebab selalu jugak lah ada dengan aku,
Selalu nasihat aku itu ini, terutama time aku give.
Aku tengah give up tetiba kau muncul dan terus bebel pajang menjela pulak tu.
Kau selalu bahan aku, kau punya bahan tu padu sampai aku tak reti nak balas, tapi " ada ubi ada batas, ada hari aku balas"
Last, kau "lelaki annoying" J
Bercinta lagi?
Aduh saya tak desperate, & langsung tak pernah suruh dorang carikan. Saya tahu, tujuan dorang nak tengok saya bahagia, mungkin.
Tapi, korang tak tahu ke, masa saya sedih dulu masa saya tengah jatuh tersungkur dulu, korang lah yang buat saya gembira. So, why kena ada someone buat saya happy?
Okey, sikit pun saya tak serik bercinta. Kadang-kadang tu ye, cemburu tengok tengok couple lain. Tapi kalau sebab cemburu tu utk ada someone special? Ohhh come on, bukan saya lah. Saya tak nak tersungkur lagi hanya kerana reason yang remeh temeh macam tu.
Umur makin meningkat, jadi lepas ni saya bukan nak carik boyfriend tapi nak cari future husband.
So pada kawan kawan yang tengah kenen kenen kan tu, pastikan future husband bukan boyfriend/pakwe. Sebab apa, sebab saya penat bercinta bertahun tahun.
Haa, pada yang tanya 'kau tak move on lagi?"
Come on, aku bukan bercinta setahun dua. rasa dulu apa aku rasa.
But dont worry, alhamdulillah. my life is going very well.