Friday, November 28, 2014

Kalau saja...

Kalau saja jalan itu tak pernah ada,
Mungkin kau tak akan melintas di sana dan bertemu dia,
atau juga mungkin tidak bertemu aku.

Tapi jalan itu terlanjur ada,
Maka bermulalah semuanya.

Yang kita sendiri tidak tahu,
Mana satu jalan matinya--


Thursday, November 27, 2014

Parah

Setiap hari aku fikir ayat ini,
Setiap hari hati aku berkata kata ini,
"Andai ada jodoh tak kemana"

Aku boleh tipu semua orang,
Kadang kadang, aku juga tipu diri aku,
Untuk tutup semua luka lara.
Tapi sampai satu tahap, hati aku yang menangis.

Sakitnya cinta yang tak kesampaian ni.

Memori

Kadang kadang aku rindu tawa kau,
Kdang kadang aku rindu suara kau,
Kadang kadang aku rindu kata semangat kau.

Ada masa, aku terdengar suara kau,
Ada masa, aku terbau wangian kau,
Ada masa, aku terlihat rupa kau.

Aku rindu kau,
Tapi sebenarnya aku rindu memori kita,
Itu sebenarnya--

Sunday, November 9, 2014

Bukan mimpi

Semalam sebelum tidur, aku fikir ini semua khayalan
Bila bangun nanti, aku fikir ini mainan tidur.
Tapi aku terjaga tidur terjaga tidur terjaga.
Maknanya ini bukan mimpi.

Ahhh, kenapa ini semua realiti.
Tak tertanggung

Adakah bala?

Tiba-tiba, ada satu benda yang hempap atas kepala.
Buat aku lumpuh, susah untuk bangun.
Aku belum rasa lagi sakit ini, sakitnya bukan kepalang.

Bagaimana aku harus hadapai.
Orang sekeliling,
Ahh, hati sendiri aku boleh kawal,
Tapi orang lain. Aku harus lalui sendiri.

Bagaimana aku harus hadapai,
Siapa mahu bantu aku bangun,
Apa pandangan orang sekeliling?



Kecundang

Satu panggilan, satu suara, satu intonasi.
Aku berdebar, aku tak sabar, Aku tak keruan.
Pelbagai benda yang aku fikir,
Dan salah satunya adalah ini.

Benda yang aku tak nak terjadi,
Benda yang aku fikir kemudian buang jauh,
Tapi itu juga yang terjadi.

Aku tewas. Aku kalah.

Aku fikir aku patut bangga dengan ini semua,
Aku fikir bahagia ini aku punya akhirnya.

Silap, ini semua bukan milik aku lagi --

Wednesday, November 5, 2014

Jubah Hitam & Topi Hitam

Kolej kemahiran Tinggi MARA Remabu dah habis, tapi cerita KKTMR tak akan pernah habis.

Akhirnya, aku berjaya habiskan Diploma Rekabentuk Media Digital.
Tapi aku belum rasa merdeka, Rasa merdeka tak akan kekal lama.
Sebab, perjalanan hidup aku belum habis,
masih panjang lagi yang perlu aku lakukan.

Aku belum puas dengan kejayaan yang ada,
Tapi aku bersyukur sebab diberi peluang rasa semua ini.

Untuk keluarga, terima kasih untuk semua pengorbanan, tak ternilai harganya.
Untuk rakan sepejuangan, terima kasih atas semua pertolongan,
Untuk pengajar, terima kasih untuk semua ilmu.

Itu sebab, cerita KKTMR tak akan pernah habis.