Friday, April 1, 2016

Jangan datang lagi

Hari hari aku doa, semoga semua rasa bertahun ni hilang pergi jauh jauh. Andai dia bukan untuk masa depan.

Andai rasa ini tak hilang, moga Dia isi dengan manusia yang baik baik. Supaya aku lupa rasa yang tak sepatutnya. Aku tahu, Allah tunaikan doa yang itu.

Walaupun lambat, tapi aku tahu Allah jalankan tugas Dia. Aku pasti Dia makbulkan doa aku. Sebab Dia takkan biar hamba Dia susah diluar kemampuannya. Aku yakin.

Tapi sekarang, apa yang aku rasa. Aku lagi tenang dari tahun tahun lepas. Apa aku rasa? Biar Dia sahaja tahu.

Terima kasih ya Allah, atas segala nikmat Mu.