Saturday, November 28, 2015

Janji!

Sejak putusnya cinta, aku dah tak percaya dengan janji, apa lagi nak janji dengan orang.
Aku bukannya serik. Sebab aku pun pernah berjanji, tapi last-last mugkir janji, Kecewa tau rasa tu, aku tahu. Sebab aku pun rasa.

So, kalau boleh aku pun tak nak dengar orang janji dengan aku. Kau buat baru aku percaya.
Contoh; Family kata nak bagi emas berguni-guni, last last harapan.
Kawan-kawan kata nak bagi rumah terus tak payah bayar tapi tak bagi pun.
Boyfriend; janji hidup semati sekali kau yang mati dulu.
So, tak payah janji k.
Ini contoh gampang!

Aku pun selalu berjanji, janji kat diri sendiri.
Konon kata; tak nak tinggal solat 5 waktu sehari, tapi janji palsu.
Konon kata; tak nak buat kerja last minute, ehh itu lagi menipu.
Konon kata; nak jadi kakak yang baik tak nak marah adik-adik, tapi setiap hari marah jugak.
Haaa, kan dah janji kat diri sendiri tapi tak buat!

Aku sendiri janji palat dekat diri sendiri, ni kan pulak nak berjanji dengan orang!

Tuesday, November 24, 2015

Tak boleh!

Aku cuba tak ingat kau, aku cuba tak ingat cerita lepas, aku cuba lupakan kenangan tu,
tapi tak boleh! Kenkadang aku ingat aku dah lupa, tapi tak!
Seksa, seksa sangat.
Kita berpisah cara baik, tapi kenapa aku tak boleh lepaskan kau dengan cara yang baik?
Puas aku paksa, puas aku cuba.

Tapi, antara sebab-sebabnya; kawan-kawan. Yes, kawan selalu sebut nama kau. Tapi sebut dalam nada bergurau. Lagi satu, ada satu muka yang serupa dengan kau dekat kampus tu. Setiap minggu mesti nampak. So macam mana aku nak move on?

Aku sedih. Apa aku rasa ni, aku tak tahu nak cerita kat siapa. Siapa je nak dengar cerita yang sebenarnya dah lama basi? Tapi ini soal perasaan. Aku sendiri tak paksa rasa ni.

Orang kata, antara sebab tak move on tu adalah apa? Kalau kau pandai mesti kau tahu. Kau fikirlah.

Friday, November 6, 2015

Typical kawan

Ramai betul kawan kawan yang kat Seremban tu kata aku sombong tak bergaul. Ehh nyirap jugak kena tuduh camtu. Time aku cuti 3 bulan, time aku cuti seminggu tak nak pulak ajak bergaul. Bila dah ajak bergaul kata busy. Sekrang siapa yang tak bergaul? Habak mai.

Siap kata dulu belajar Rembau boleh je setiap hari balik. Haaaaa sekarang aku nak cakap orang camni perangai serupa apa? Dulu aku diploma weyh, dari rumah ke Rembau tu setengah jam je. Sekarang aku degree weyh. Pelajaran lagi susah. Macam ni lah typical kawan.

Ada siap cakap, dulu boleh je borak kat whatsapp. Aku tak tahu lah nak sembang orang cani serupa apa.

Wednesday, November 4, 2015

"Forever alone"

Definisi 'Forever alone" tu, bagi aku; kau nak hidup sensorang kejap.
Kau nak chill layan diri kau sekejap.
Kau nak kurung diri dalam satu tempat sensorang.
Atau kau nak berjalan kat shopping mall sensorang.
Atau bila kau start pakai earphone dan tak layan sesiapa dah.
Dunia kau je!

Merewang

Bila 'forever alone' ni, mulalah merewang jauh. Fikir benda yang tak pernah move on tu. Tak tahu bila nak move on. Damn lah!

Mula lah layan lagu-lagu sedih pastu mulalah throwback tahun-tahun lepas. Mula lah baca cerita cerita sedih. Mulalah selak selak cerita lama. Mulalah layan lagu jiwang (Haaa, last aku layan lagu jiwang masa hati baru ranap dulu) Tu yang tak suka 'forever alone' tu.

Melayang

Kadang-kadang okey, kadang-kadang tak okey. Tapi, perasaan tak okey tu tiba-tiba datang. Macam hampeh tau rasa tu. Contoh macam, kau tengak syok borak dengan kawan-kawan sampai ketawa barai habis. Tiba-tiba mood kau hilang macam tu je tanpa sebab. Lepas tu kau pun jadi 'forever alone' kejap. Ehhh rasa apa tu, semak tahu!

Haa, sekarang ni aku tengah rasa. Confirm housemate aku fikir aku touching. Sebab apa? Sebab aku pun tak tahu. Ehhh lantak lah. Janji aku nak 'forever alone' sekejap.

Wednesday, October 14, 2015

JAUH

"Jauh terbawa lukisan hati mu"
Ehh tak tak. Ni lirik lagu, bukan luahan hati.

"Ehhh bukan dulu korang rapat ke?" Haaa soalan macam ni konon tengah trend dekat twitter.
& honestly, soalan macam ni paling susah nak jawab. This hurt, everytime.

Apa perasaan, dulu kau rapat dengan someone tetiba kau jauh dan kadang-kadang rasa awkward nak borak bila jumpa.
Aku masih tak dapat nak handel situation ni.

Kadang - kadang tak tahu kenapa tiba-tiba jauh dan terus jauh. Spoil weyh benda macam ni.

Sunday, October 11, 2015

Meroyan

Aku nak meroyan sekejap, sekejap je. Kasi can please, dah lama tak meroyan.
Sebab apa dah lama tak meroyan, sebab housemate selalu baraikan hidup aku.

I dont know why, dalam bulan ni asyik terfikir kau,
Padahalkan weyh, kau dah lama tak muncul dalam hidup aku.
Please lah, kasi aku tenang sekejap.
Aku nak rehat sekejap, dalam setahun dua mungkin.
Aku penat bercinta bertahun tapi terkandas,
Penat sangat. Bertambah penat bila orang sekeling selalu cakap aku tak reti move on.
Nak je aku sumpah seranah. Rasa lah apa aku rasa dulu baru keluar ayat macam tu.
Kasihanilah aku.

Jujurlah, kenkadang hidup single best, sebab tak perlu jaga hati orang, pastu tah yah selalu sakitkan hati orang. Kasihan hati orang tu.
Tapi paling tak best, kenkadang kau akan rasa hidup kau "forever alone".
Kalau dulu selama bertahun tahun kau ada tempat mengadu, kau ada best friend, kau ada boyfriend, package tau. Susah nak dapat package macam tu. ( Tapi package macam tu dah hilang. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA) Perli diri sendiri, sebab housemate selalu perli camtu. Tak tertusuk, tapi gelak sendiri.
Kau akan rasa dunia kau tiba-tiba berubah bila kau hilang tempat mengadu yang selama bertahun itulah tempat mengadu kau, aku tahu Tuhan ada Tuhan tak pernah lari. Syukur yang itu.

Aku cuma tak nak bercinta lagi, nak bercinta lepas kahwin. (Tapi andai kata ini tak menjadi, ampunilah daku. Kita hanya merancang Tuhan menentukan) Tunggu lah habis degree baru cerita lebih lanjut ye. Sekarang ni kita rehat sama-sama ye, Bertahun bercinta kan. Kasi suci jap hati ni. Sedapkan hati sendiri jugak.

P/S; Saya baik baik je, jadi awk pun baik baik je. Saya ok je, jadi awak pun ok ok je.
       Sorry, terlebih emosi.

Thursday, August 6, 2015

Kawan rapat lelaki


Aku terlampau ramai kawan lelaki,
Tapi ada seorang dua yang rapat boleh cerita memacam (tapi tak lah memacam sangat)
Ni nak cerita pasal kawan rapat yang baru mula rapat.

Bukan boyfriend, tapi tulah. Ramai sangat ingat kitaorang couple.
Lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan rapat ke?
Dulu, dia lah yang bagi semanagat bila aku jatuh tersungkur,
Walapun sebenarnya dia datang lambat.

Mungkin sebab aku single & dia single tu yang ramai ingat bercinta,
Sampai kawan kawan rapat yang lain pun fikir macam tu,
Tetapi dia tengah usha seorang perempuan yang sangat wowww cantiknyaaaaa,
Aku doa kau berjaya, & in shaa Allah ada jodoh tak kemana.

Kepada kau lelaki berkenanan;
Thankyou sebab selalu jugak lah ada dengan aku,
Selalu nasihat aku itu ini, terutama time aku give.
Aku tengah give up tetiba kau muncul dan terus bebel pajang menjela pulak tu.
Kau selalu bahan aku, kau punya bahan tu padu sampai aku tak reti nak balas, tapi " ada ubi ada batas, ada hari aku balas"
Last, kau "lelaki annoying"  J

Bercinta lagi?

Sekarang ni, ramai betul kawan kawan nak kenen kenen kan dengan lelaki itu lelaki ini,
Aduh saya tak desperate, & langsung tak pernah suruh dorang carikan. Saya tahu, tujuan dorang nak tengok saya bahagia, mungkin.
Tapi, korang tak tahu ke, masa saya sedih dulu masa saya tengah jatuh tersungkur dulu, korang lah yang buat saya gembira. So, why kena ada someone buat saya happy?

Okey, sikit pun saya tak serik bercinta. Kadang-kadang tu ye, cemburu tengok tengok couple lain. Tapi kalau sebab cemburu tu utk ada someone special? Ohhh come on, bukan saya lah. Saya tak nak tersungkur lagi hanya kerana reason yang remeh temeh macam tu.

Umur makin meningkat, jadi lepas ni saya bukan nak carik boyfriend tapi nak cari future husband.
So pada kawan kawan yang tengah kenen kenen kan tu, pastikan future husband bukan boyfriend/pakwe. Sebab apa, sebab saya penat bercinta bertahun tahun.

Haa, pada yang tanya 'kau tak move on lagi?"
Come on, aku bukan bercinta setahun dua. rasa dulu apa aku rasa.
But dont worry, alhamdulillah. my life is going very well.

Mahu Jadi Serba Boleh

Aku punya impian, terlampau banyak
Salah satunya, tengok mama papa tersenyum bangga dengan anaknya.
Walaupun aku pernah tengok, tapi aku belum puas.
Sebab apa, sebab mereka dari kecik buat aku tersenyum sampai umur sekarang ni.
So, tak kan aku nak bagi dorang senyum haya setakat boleh kira dengan jari.

Aku anak sulung. Apa apa, semua atas bahu aku.
Aku bagi mama papa segulung diploma (walaupun tak pernah dean list)
Aku juga harap aku dapat bagi mama papa segulung ijazah dengan harapan dapat dean list,
Aku harap aku dapat bagi menantu yang serba baik serba boleh cukup pegangan iman,
Tetapi dengan syarat. Segala impian ku tercapai. In shaa Allah dengan izin-Nya. tapi kalau jodoh sampai awal kita jalan je lah. 

Aku anak sulung, walaupun ada adik lelaki bawah aku,
Tapi aku nak apa apa dorang carik aku, minta tolong aku.
Aku nak dorang jadikan aku sebagai semangat dorang untuk berjaya,
walaupun aku banyak kali gagal.
  
Aku tak akan mengalah, walaupun aku cepat mengalah
Kita cuba.
  

Sunday, May 31, 2015

Rezeki

Rasa dah lama tak buat makan-makan,
Masak best-best, jemput orang datang rumah,
Lepas tu tengok orang makan dengan lazat.

Nikmatnya rasa itu.
In shaa Allah nanti ada rezeki lebih,
Siapa tahu.

Thursday, May 28, 2015

Geng "Creative Behind The Lens"

LECTURE . STUDENT . ARTWORK

Berbulan sama kelas,
Tapi, seminggu sebelum exhibition,
Baru semua bergaul,
Memang macam tu ke jadinya.

Subject photography,
Ajar aku untuk jadi seorang photographer,
Tak senang & tak susah,
Jadi, kalian diluar tu,
Jangan pandai main sebarang cakap.

Last, thank you everyone. Congratulation everyone.

Wednesday, May 27, 2015

SIMBIOSIS

Konon kata ‘sharing is caring’,
Tapi bila dah share kau berkira,
Apa motif tu wahai manusia yang aku panggil kawan?

Aku terlampau ramai kawan,
Macam-macam kategori ada,
Kawan yang semua rahsia aku dalam poket dia,
Kawan yang selalu ada masa ketawa gelak happy aku,
Kawan yang tiba-tiba hilang masa susah jatuh miskin aku,
Kawan yang selalu bagi semangat bila jatuh aku,
Kawan yang kaki bahan suka menyakat,
Kawan yang depan cerita lain belakang cerita lain.

Penuh warna-warni.
Aku suka, tapi ada part yang aku tak suka.
Tapi aku kena lalui,
Tapi aku stress kena hadap orang macam ni.

Lagi banyak kawan kita kenal,
Lagi banyak hati yang kita kena jaga.

Sebenarnya, lagi bagus takda kawan ramai tau.

Saturday, May 23, 2015

Zombie zomba!

Biasalah, hujung-hujung semester tak jadi manusia dah.
Tidur lambat bangun cepat,
Jadi burung hantu pun ye jugak.

Untuk semester 2 ni, jadual tak tentu,
Pergi pagi, sampai rumah malam,
Macam dah kerja rasanya,
Sakit, semua sakit.
Sakit hati, sakit jiwa, sakit badan.

Untuk semester 2, aku rasa macam semester 5 6 dah.
& untuk pertama kalinya selama belajar ni,
Study week aku ada assignment/final projet,
Study week aku tak balik Seremban lama-lama,
#degreelife sangat!

Gais, good luck final exam ye!
Semoga result nanti setimpal dengan apa yang dikorbankan!

Friday, May 22, 2015

Untuk MAF

"Terima kasih untuk keputusan ini,
& terima kasih sebab pernah disayang menyayang,
Walaupun mula-mula sakit,
Tapi lama-lama dah okey.

Saya doakan awak, awak doakan saya ye.
Jangan risau, saya maafkan semua silap,
Awak maafkan jugak ye.

Banyak-banyak janji,
Janji ni yang saya masih pegang,
Kita berjaya hingga akhirnya & jangan putus asa,
Kalau awak ingat."

p/s; Saya tahu awak baca. :)

Dia tak jahat!

Janganlah buruk-burukkan dia,
Janganlah kata dia jahat,
Janganlah kata dia tak baik,
Jangan sesekali salahkan dia apa yang jadi,
Bukan salah dia sorang, salah dua-dua.

Makin hari, aku nampak mana kebenaran, mana hikmahnya.
& aku baru perasan satu benda,
Untuk tak nak terus aku disakiti,(sebab dia tahu perangai dia)
Dia buat macam macam cara,
& mungkin cara terakhir itu dia berjaya.

Aku sakitkan dia, dia sakitkan aku,
Bertahun-tahun, siapa tak penat.
Akhirnya ini yang terbaik,
Berhenti sakitkan hati masing-masing.

Aku dah lapangkan dada, biar dia pergi,
Biar dia carik jalan dia, masa depan dia & mungin jodoh dia.
Dan untuk pertama kalinya aku tak rasa sakit untuk melepaskan semuanya,
Mungkin dia pun dah berlapang dada,
Tuhan ada kan weyh!

Aku dah kata, kalau jodoh, itu masa depan punya cerita.

Dulu pernah!

Pernah tak kau rasa sayang kat seseorang?

Sampai apa dia buat , apa dia cakap, apa dia fikir, apa dia buat, apa dia percaya, apa dia suka, apa dia benci, apa dia makan, apa dia pakai,
Semua kau nak tahu kan?

Sampai kau sanggup maafkan semua silap dia,
Sanggup lupakan semua silap dia,
Sebab nak lupakan silap tu lagi mudah dari kau pilih untuk lupakan dia.

Sampai dia kau letak paling atas,
Apa orang lain cakap, apa kanan kiri bisik,
Kau dengar tapi kau tak peduli,
Kau tak kesah apa orang kata.

Sampai kau bukan setakat bayangkan malah kau doakan.

Dulu-dulu, itu aku, bertahun-tahun lah jugak,
Aku jadi macam tu, bukan dia minta,
Tapi biasa lah kadang-kadang orang bercinta terlebih semuanya.
Aku sesekali tak salahkan dia.
Tapi aku jadi kan pengajaran.

Akan aku jauh semua yang pernah aku buat dulu-dulu,
Benda yang buruk, teruk, jahat dan bla bla!

Manusia harus diberi peluang keduakan?

Monday, May 11, 2015

Bahan.

Setiap hari kena bahan,
Sana sini kena bahan,
Pagi petang malam kena bahan.
Orang kata, tak kawan lah kalau tak kena bahan.

Setakat ni, kena bahan masih boleh diterima hati dan otak.
Tapi, kalau satu haru ada sampai yang tak boleh terima,
Tak tahu nak kata apa.

Rasanya, tukang bahan tu boleh fikir kot,
Nak membahan fikir kiri kanan perasaan.

Contoh, nak buat kek perlukan bahan,
Bahan kena sempurna,

Kalau bahan lebih kan tak jadi tu.

Monday, May 4, 2015

Dunia aku

Aku tak boleh hidup tanpa keluarga disisi,
Jugak tanpa teman disisi,
Mesti ada kurang.

Tapi, ada satu masa aku perlu bersendiri,
Duduk sorang-sorang bawak diri entah kemana,
Termenung sendiri entah jauh kemana,
Berjalan sendiri tanpa tujuan arah kemana,
Tapi benda tu best.

Sebab, tak selalu kita perlu sesorang ada dengan kita.

Tapi, bila dah sendiri,
Dalam kepala otak ni macam-macam ada,
Ahh, biasalah. Namanya pun manusia--

Sunday, April 26, 2015

EH!

Aku yakin, rasa yang bertahun-tahun tu hilang,
Tapi aku tak tahu berapa banyak,
Tapi aku tak tahu datang balik atau tak.

Yakinlah,
Sikit pun aku tak paksa rasa ni datang,
Sikit pun aku tak paksa rasa ni hilang.
Mungkin rasa tu bosan, tu yang datang,
Mungkin rasa tu bosan tu yang hilang.

Terima kasih sesorang,
Seseorang yang baru hadir,
Seseorang yang pandai berkata-kata,
Seseorang yang aku panggil kawan.

Tak buat apa pun,
Dia bukan ajak berkasih sayang, langsung tak,
Tapi dia ajak aku ke masa hadapan,
Suruh aku pandang masa depan aku.
Naikkan semangat aku.

Caya sama lu, sebab aku sebenarnya dah buat macam cara,
Tapi cara kau jugak berkesan--

Wednesday, April 22, 2015

Move on

Putus cinta tu tak sakit,
Yang sakitnya, putus tapi masih cinta.
Paham maksud aku?
Ayat yang pegang berbulan bulan,
Sejak akhir tahun lepas.

Tapi sekarang aku rasa macam,
Ayat tu hilang perlahan-lahan,
Mana pergi pun aku tak tahu.

Padahal dulu paling susah nak lupa,
Maknanya apa tu?

Tolong kasi aku can buang semua,
Semuanya.

Sebab aku dah penat,
Berhempas pulas bertahun-tahun,
Tapi akhirnya kecundang.

Jangan risau,
Aku tak nak benci orang,
Tapi aku nak rasa bertahun-tahun tu hilang.

Kalau betul jodoh,
Itu masa depan punya cerita k.

homesick

Dengar seperti kanak-kanak,
Tapi itu yang aku rasa,
Homesick paling teruk.

Cepatlah nak cuti,
Nak rehat, penat~

Saturday, April 11, 2015

Rasa debar

Kau tengah cuba-cuba buat apa tu?
Jangan memandai ehh.
Pandai betul bermain.

Aduh, kalau tewas macam mana ni?

Wednesday, April 8, 2015

Apa apa je.

Dalam hidup ni kalau boleh aku tak nak susah kan orang,
Walaupun aku tahu, aku dah banyak susahkan orang,
Terutama family & kawan-kawan,
Malu.

Kalau boleh survive, aku try sampai habis wey--

Wednesday, April 1, 2015

Untuk aku juga perempuan sana sini

Tutup aurat,
Dengar macam mudah.

Tutup aurat,
Bukan balut badan,
Bukan balut kepala tayang anak rambut,
Bukan balut kepala tayang dada,
Bukan balut baju tapi nampak berketul-ketul,
Bukan balut seluar tapi bekas-bekas.

Tahu kita semua perlahan-lahan kayuh.

Tapi, kita bukan balut otak,
sampai tak tahu nak fikir. 

Wednesday, February 25, 2015

'I miss you'

'I miss you'. betul betul 'I miss you'.
Hari hari awk buat 'I miss you'
Entah apa apa tah, hari hari nak 'I miss you'
Padahal memang nak 'I miss you' pun.

'I miss you' ni best,
Tapi lagi best kalau cakap 'I miss you' kat awak,
Sebab saya tak reti nak 'I miss you' sorang-sorang,
Tapi apa boleh buat, ' I miss you' sorang sorang je.

Tuesday, February 24, 2015

Dulu, aku pernah kata LAST!

Betul, dulu aku kata LAST,
Bukan setakat nak sedapkan hati orang,
Tapi juga nak sedapkan hati sendiri.

Tapi sekarang, Tuhan masih belum bagi jawapan,
Antara dia last atau bukan.

Jodoh tu bukan datang bergolek.
Ia perlukan usaha juga,
Pelbagai usaha --

Fikir sebelum kata!

Ingat rasa cinta rasa rindu boleh hilang sekelip mata?
Ingat ni bercinta 6 hari atau 6 bulan ke? Ini 6 tahun tahu!

Jadi, engkau yang berkata tu,
Rasa dulu apa aku rasa.
Jangan sedap kata itu ini,
Suruh aku move on konon,
Suruh cari lain konon.

Apa hati ini permainan ke?