Pernah tak kau rasa sayang kat seseorang?
Sampai apa dia buat , apa dia cakap, apa dia fikir, apa dia buat, apa dia percaya, apa dia suka, apa dia benci, apa dia makan, apa dia pakai,
Semua kau nak tahu kan?
Sampai kau sanggup maafkan semua silap dia,
Sanggup lupakan semua silap dia,
Sebab nak lupakan silap tu lagi mudah dari kau pilih untuk lupakan dia.
Sampai dia kau letak paling atas,
Apa orang lain cakap, apa kanan kiri bisik,
Kau dengar tapi kau tak peduli,
Kau tak kesah apa orang kata.
Sampai kau bukan setakat bayangkan malah kau doakan.
Dulu-dulu, itu aku, bertahun-tahun lah jugak,
Aku jadi macam tu, bukan dia minta,
Tapi biasa lah kadang-kadang orang bercinta terlebih semuanya.
Aku sesekali tak salahkan dia.
Tapi aku jadi kan pengajaran.
Akan aku jauh semua yang pernah aku buat dulu-dulu,
Benda yang buruk, teruk, jahat dan bla bla!
Manusia harus diberi peluang keduakan?