Wednesday, April 27, 2016
My skin isn't my skin anymore.
Allahu, Tuhan je tahu.
Dulu, masa diploma. Muka jarang naik jerawat tapi yela maybe sebab nak putih sikit dan nampak bermaya. dan tak nak lah nampak selekeh sangat kan. Baru confident. Maka, aku cuba satu product Malaysia, Dnars. Dari tahun akhir diploma sampai 2 tahun degree. Sangat consistent guna.
& dalam tahun ni tangan rajin search tentang product local(product Malaysia). Terlalu banyak feedback yang buruk terutama ni lah, Dnars. Maka aku tekad untuk stop. 2 minggu lepas stop, memang tak pakai apa product. Sejak tu, perlahan-lahan segala keturunan jerawat naik. Lepas 2 minggu, try product Aiken & aloe vera gel. Dalam masa sama cuba buat petua petua orang dulu dulu. Kunyit, beras, madu, pokok aloe vera, & terbaru rumpai laut. Semua tu aku guna.Alhamdulillah perlahan-lahan muka dah ok & parut berkurang. Tapi jerawat still ada naik.
Tiba-tiba, dalam minggu ni jerawat tak naik. tapi muka merah merah dan sangat pedih. Tak tahu teruk sebab apa. I dont know why. So, stop pakai semua product. Tunggu masa nak check doctor sekarang ni. Yes, conclusion harus jumpa doctor.
Tapi sekarang, aku malu. malu nak jumpa orang. Malu nak pergi class. Malu nak pergi campus. Allahu, dugaan. I hope my skin gets back to its normal state soon.
Monday, April 18, 2016
Berjauh hati
Kita kawan bertahun,
Tapi akhir ini kita selalu berjauh hati,
Kita selalu bertengkar hanya benda kecil,
Walaupun hanya bertengkar sekejap,
Tapi benda ini sangat tak best.
Mengapa kita selalu berjauh hati,
Selalu menyendiri dan terasa hati,
Mungkin kita tak sehaluan,
Kalau kita berpacaran,
Mungkin kita dah tak bersama,
Sebab kita tak sehaluan dah tak bersefahaman,
Tapi nasib kita hanya kawan.
Aku cemburu lihat kau bercakap baik, bergurau bebas dengan kawan lain,
Sedang aku, cakap sikit kau lawan.
Bila kawan lain nasihat kau dengar seratus peratus,
Tapi bila aku nasihat kau bantah seratus peratus,
Lama lama aku pasrah dengan hubungan kita.
Aku rasa, aku patut diam atau kurang bercakap dengan kau,
Untuk elak pergaduhan.
Jadi, kalau aku kurang cakap,
Jangan tanya aku,
Tanya diri sendiri.
Untuk manusia bergelar sahabat.
Friday, April 8, 2016
Mencari
Umur 20-an ni, bukan masa untuk kejar life goals, relationships goals yg merepek yang sangat sinonim dengan remaja kat luar tu. Yang langsung tak munasabah. Raih popularity sangat. Please be real.
Hidup aku sekarang ni, aku nak kejar banyak benda. Belajar tinggi tinggi then dapat kerja bagus. Perlahan-lahan balas budi family.
Kalau boleh, aku nak adik adik jadikan aku idola. Cari kakak tak kira mana dorang pergi. Ingat kakak tiap apa dorang buat. Salah satu impian
Bukan masanya untuk cari lelaki sado, putih melepak, kaya raya yang boleh buat everything untuk kau. Yang beli benda mahal untuk kau. Yang buat surprise depan mata.
Bukan okey. Sebab apa, sebab tanpa lelaki itu semua pun kita sebagai perempuan boleh buat semua tu.
Apa guna belajar tinggi tinggi tapi tak boleh buat semua tu sendiri. Buat atas usaha sendiri lagi puas.
So, life aku belum goals. Tapi bukan goals macam yang ramai sembang tu.
Friday, April 1, 2016
Jangan datang lagi
Hari hari aku doa, semoga semua rasa bertahun ni hilang pergi jauh jauh. Andai dia bukan untuk masa depan.
Andai rasa ini tak hilang, moga Dia isi dengan manusia yang baik baik. Supaya aku lupa rasa yang tak sepatutnya. Aku tahu, Allah tunaikan doa yang itu.
Walaupun lambat, tapi aku tahu Allah jalankan tugas Dia. Aku pasti Dia makbulkan doa aku. Sebab Dia takkan biar hamba Dia susah diluar kemampuannya. Aku yakin.
Tapi sekarang, apa yang aku rasa. Aku lagi tenang dari tahun tahun lepas. Apa aku rasa? Biar Dia sahaja tahu.
Terima kasih ya Allah, atas segala nikmat Mu.