Wednesday, July 20, 2016

Habis, hati sendiri siapa nak jaga?

Sampai bila nak jaga hati orang? Sampai mati.
Sampai bila nak kena pijak? Sampai mati.
Sampai bila tak boleh nak lawan? Sampai mati.
Sampai bila nak ikut telunjuk? Sampai mati.

Yes, sampai mati bila orang tu sejenis nak menang. Sebab kalau kau lawan, perang dunia yang ke sejuta akan terjadi.

Maka kau harus diam. Itu jalan terbaik. Sebab orang diam tak bermakna dia salah, tak bermakna dia kalah.

Friday, May 27, 2016

My 7yrs of relationship is over

Yes, over.

Maksudnya, segala benda yang ada dalam hati pun over, rindu sayang cinta bla bla blaa semua dah berlalu pergi. Alhamdulillah. Aku tak tipu babe, 2 tahun aku bertarung lawan segala sakit di hati. Akhirnya, Allah makbulkan doa aku. Aku bersyukur.

Aku dah sihat dari segala sakitnya cinta, syukur lagi sekali.

Terima kasih pada kawan kawan. Yes, kawan kawan sahaja, sebab family tak pernah tahu sendiri dari mulut aku. Tapi, maybe just tahu dari adik-adik. kah! Ada sebab kenapa tak bagitahu family.

Yeah kawan, dari jatuh tersungkurnya aku, bangun sikit demi sedikit, jatuh semula & terus bangkit. Macam macam jenis kawan yang datang bantu. Dari nasihat, marah, maki, kutuk semua aku terima dengan hati redha.

So, sekarang ni aku boleh tutup segala cerita dia. & kat sini tak bermaksud aku benci dia. Aku tak nak ada benci kat orang. Langsung tak nak, Allah marah tak suka.

So, selamat tinggal bekas pacar. :)

Wednesday, May 4, 2016

Hati kental

Tetiba bekas pacar contact. Haa walaupun sekejap tapi kot aku layan lebih tu hancur balik hidup aku. Kot. Jujur, masa tu aku cuma rasa semak. Rase nervous ke gelabah ke rindu ke apa ke langsung takde.

Jangan kau datang lagi, kau tak tahu ke aku survive almost 2 years nak move on ni k. Ingat senang? dengar kata cacian dari orang sekeling suruh move on lg. Sembang boleh lah

Bak kata kawan aku "Kalau dia nak kau balik dia tahu mana nak cari kau bukan chat kau sembarangan."

Mungkin. Tapi buat masa sekarang aku tak nak ada commitment dengan kau. Sorry but not sorry

Wednesday, April 27, 2016

My skin isn't my skin anymore.

If you know what I feel babe. & sekarang baru tahu perasaan orang yang muka sangat teruk dan sensitive.
Allahu, Tuhan je tahu.

Dulu, masa diploma. Muka jarang naik jerawat tapi yela maybe sebab nak putih sikit dan nampak bermaya. dan tak nak lah nampak selekeh sangat kan. Baru confident. Maka, aku cuba satu product Malaysia, Dnars. Dari tahun akhir diploma sampai 2 tahun degree. Sangat consistent guna.

& dalam tahun ni tangan rajin search tentang product local(product Malaysia). Terlalu banyak feedback yang buruk terutama ni lah, Dnars. Maka aku tekad untuk stop. 2 minggu lepas stop, memang tak pakai apa product. Sejak tu, perlahan-lahan segala keturunan jerawat naik. Lepas 2 minggu, try product Aiken & aloe vera gel. Dalam masa sama cuba buat petua petua orang dulu dulu. Kunyit, beras, madu, pokok aloe vera, & terbaru rumpai laut. Semua tu aku guna.Alhamdulillah perlahan-lahan muka dah ok & parut berkurang. Tapi jerawat still ada naik.

Tiba-tiba, dalam minggu ni jerawat tak naik. tapi muka merah merah dan sangat pedih. Tak tahu teruk sebab apa. I dont know why. So, stop pakai semua product. Tunggu masa nak check doctor sekarang ni. Yes, conclusion harus jumpa doctor.

Tapi sekarang, aku malu. malu nak jumpa orang. Malu nak pergi class. Malu nak pergi campus. Allahu, dugaan. I hope my skin gets back to its normal state soon.

Monday, April 18, 2016

Berjauh hati

Kita kawan bertahun,
Tapi akhir ini kita selalu berjauh hati,
Kita selalu bertengkar hanya benda kecil,
Walaupun hanya bertengkar sekejap,
Tapi benda ini sangat tak best.

Mengapa kita selalu berjauh hati,
Selalu menyendiri dan terasa hati,
Mungkin kita tak sehaluan,
Kalau kita berpacaran,
Mungkin kita dah tak bersama,
Sebab kita tak sehaluan dah tak bersefahaman,
Tapi nasib kita hanya kawan.

Aku cemburu lihat kau bercakap baik, bergurau bebas dengan kawan lain,
Sedang aku, cakap sikit kau lawan.

Bila kawan lain nasihat kau dengar seratus peratus,
Tapi bila aku nasihat kau bantah seratus peratus,
Lama lama aku pasrah dengan hubungan kita.

Aku rasa, aku patut diam atau kurang bercakap dengan kau,
Untuk elak pergaduhan.

Jadi, kalau aku kurang cakap,
Jangan tanya aku,
Tanya diri sendiri.

Untuk manusia bergelar sahabat.

Friday, April 8, 2016

Mencari

Umur 20-an ni, bukan masa untuk kejar life goals, relationships goals yg merepek yang sangat sinonim dengan remaja kat luar tu. Yang langsung tak munasabah. Raih popularity sangat. Please be real.

Hidup aku sekarang ni, aku nak kejar banyak benda. Belajar tinggi tinggi then dapat kerja bagus. Perlahan-lahan balas budi family.

Kalau boleh, aku nak adik adik jadikan aku idola. Cari kakak tak kira mana dorang pergi. Ingat kakak tiap apa dorang buat. Salah satu impian

Bukan masanya untuk cari lelaki sado, putih melepak, kaya raya yang boleh buat everything untuk kau. Yang beli benda mahal untuk kau. Yang buat surprise depan mata.

Bukan okey. Sebab apa, sebab tanpa lelaki itu semua pun kita sebagai perempuan boleh buat semua tu.

Apa guna belajar tinggi tinggi tapi tak boleh buat semua tu sendiri. Buat atas usaha sendiri lagi puas.

So, life aku belum goals. Tapi bukan goals macam yang ramai sembang tu.

Friday, April 1, 2016

Jangan datang lagi

Hari hari aku doa, semoga semua rasa bertahun ni hilang pergi jauh jauh. Andai dia bukan untuk masa depan.

Andai rasa ini tak hilang, moga Dia isi dengan manusia yang baik baik. Supaya aku lupa rasa yang tak sepatutnya. Aku tahu, Allah tunaikan doa yang itu.

Walaupun lambat, tapi aku tahu Allah jalankan tugas Dia. Aku pasti Dia makbulkan doa aku. Sebab Dia takkan biar hamba Dia susah diluar kemampuannya. Aku yakin.

Tapi sekarang, apa yang aku rasa. Aku lagi tenang dari tahun tahun lepas. Apa aku rasa? Biar Dia sahaja tahu.

Terima kasih ya Allah, atas segala nikmat Mu.

Saturday, March 5, 2016

I will

Im not a good listener. Yes, sangat sangat teruk. Lagi lagi bila aku busy tapi orang nak jugak cerita. Lagi lagi bila aku mood tapi orang tetap ajak borak. Haa kasi lempang boleh? Tp kenkadang aku memang malas nak dengar orang bercerita. Buat buat dengar pun ye jugak. 

Im not a good adviser. Lagi lah tak. Dengar cerita orang pun tak, pe lagi nak nasihat. Tapi aku tak paham, kenapa orang suka tanya pendapat aku. Lagi lagu soal cinta. Aku fail babe bab cinta.

Im not a clever person. Haaa, memang tak. Sebab tu bila study/assignment kawan kawan semua tak carik aku pun. Pastu, bila aku bagi pendapat semua tak percaya. Sebab aku tak pandai

Im not a good daughter. Kasihan, kasihan mama papa. Banyak sangat buruknya.

Im not a good sister. Selalu sangat buli/ ugut adik adik. Bergaduh setiap hari tak payah cerita.

Im not a good friend. Rasa macam ada 3 4 orang bestfriend yang betul rapat, luar dalam aku tahu. Tp, makin usia meningkat ni, kita dah tak rapat. I dont know why.

Im not a good person. Got it, i wil do my best for you, let's try to be the best. & im really sorry.

Wednesday, February 24, 2016

Badik

Serius lah, sekarang rindu nak balik Seremban.
Sadisnya hidup bila ada class hari Sabtu ni.
Lngsung tak dapat balik Seremban, kalau dapat pun mana puas weyh.

Rindu lauk Mama.
Rindu nak salam peluk cium MamaPapa,
Rindu nak degil tak dengar cakap MamaPapa,
Rindu nak bertekak dengan adik-adik,
Rindu nak menang je dengan adik-adik,
Rindu nak arah itu ini dengan adik-adik,
Weyh rindu weyhhhhh.

Nak balik sekarang.

Friday, February 12, 2016

Jenis nak menang

Adalah dalam 3 4 orang kawan yang bila borak semua dia nak menang, even apa yang dia cakap tu salah. Kadang-kadang aku cuba betulkan apa yang salah, tapi dia nak menang jugak. Last last aku yang sakit hati.

Jadi, aku tengah belajar untuk diam & tak banyak borak dengan spesis orang macam ni. & aku cuba hadam perangai orang macam ni. Aku cuba weyh.

Sebab, kalau aku layan weyh mungkin akan jadi terputusnya silaturahim. Mulut perempuan kan. Ya Allah minta di  jauhkan semua ni jadi.

Maka, aku cuba beralah. Moga Tuhan terus kuatkan iman aku.

Tempat ku sujud

Jujur, aku selalu lupa Dia. Masa susah, sakit, kecewa, sedih baru carik Dia. Ya Allah terasa hinanya aku.

Jujur, waktu aku gembira, ketawa, senang hati, aku selalu lupa Dia. Ya Allah kejinya perangai aku.

Jujur, aku rindu Dia. Terlalu rindu. Aku tahu, Dia pun rindu aku.

Terima kasih Tuhan ku, sikit pun tak lupa aku. Sejak akhir ni, Kau jarang duga aku. Tapi, Kau hantar sorang demi sorang, beri aku petunjuk untuk dekat pada Mu.

Ya Allah aku bersyukur. Terima kasih Ya Allah. Moga Engkau tidak terus lupa aku, & tidak henti beri aku petunjuk.

Hamba mu yang kerdil.

Thursday, January 28, 2016

Ketawa bersama menangis pun bersama.

Hari-hari pegang phone, hampir sehari suntuk pegang then gelak macam orang tengah angau. Haaaa, tu lah tanggapan orang sekeliling.

Tapi tahu tak, siapa buat gelak sampai orang kata kita angau? Kawan-kawan, sahabat.

Kadang-kadang rasa takde boyfriend pun takpe. Kawan boleh buat kita ketawa, senyum, gelak, menangis, semuanya.

Tapi aku tahu, sometimes kita perlukan jugak someone utk rasa special. Utk tak rasa lonely, forever alone. In shaa Allah, one day.

But for now, thank you to all my friend😘

Sunday, January 24, 2016

Datang then blah

Baru baru ni, kawan aku buat statement camni kat aku;
"Kitorg semua nampak kau tak nak terima orang lain. Haritu lah hahahahahahahaha"

Whattt??? Aku tak perasan langsung semua tu & aku tak rasa pun macam tu. Tapi, dorang yang nampakkan, bukan aku.

Tapi jujur, ada je orang datang nak berkawan, then aku kawan lah. Takkan nak tolak. Tapi lama-lama semua blah. Dah tu takkan aku nak paksa stay kot.

Yang ajak masuk dalam hati pun ada, baru  beberapa hari kenal. Come on, aku tak nak bagi pisang berbuah dua kali sejuta kali pun tak nak.

So sekarang, siapa nak datang, datang je lah. Aku alu-alukan, kalau nak blah pun silakan.