Tuesday, March 18, 2014

Si Penghutang

Setakat ni, aku cuma ada seorang yang paling dibenci,
Aishhhh, aku tak suka lah benci-benci orang ni.
Aku tak suka jugak buka aib-aib orang ni.
Tapi apa boleh buat, kau buka aib kau sendiri,
Dan kau paksa aku bercerita,
Terus aku bercerita --

Konon ada segelombongan kawan,
Kata mahu back up aku depan belakang,
Tapi hampeh,
Engkorang buka luas luas, engkorang bagi api api lagi ada lah.

Tapi rilex lah,
kawan aku bukan engkorang je,
Engkorang kena cerita gebang dengan dia,
Tu yang sikit pun tak back up aku,
Malah si saksi pun sikit tak bersuara.
Kalau tak ada orang back up pun tak kesah,
Sebab aku punya bukti !

Tak apa, aku ada semua bukti,
Akan ku sebar dengan luasnya
Bila kesabaran aku dicabar dan terus dicabar --

Kalau nak rasa muka tu dimalukan,
Meh cabar aku !
Tulah, aku dah cakap,
Jangan simbah tahi kat aku,
Nanti aku simbah kau sekali dengan loji tahi tu ye.

Tapi kan, aku ada soalan lah tuk kau,
"Ehh aku tak sangka secepat ni kau muncul balik, tak nak rehat dulu ke?"
Aku bukan takut, sikit pun tak takut,
Sebab aku punya semua bukti malah juga saksi.

Meh lah cepat, kita ke pengadilan, mahkamah mana kau nak ?
Ehh aku ditempat yang benar tau.
Untuk pengetahuan Engkau --

Lagi satu,
Jangan terus buat lawak bodoh ye,
Sebab aku rasa nak gelak dan terus gelak.

Wednesday, March 12, 2014

Terbaik antara Terbaik

Antara manusia-manusia  yang membahagiakan, mereka.

Dulu, setiap hari jumpa, pagi, petang, siang, malam.
Tapi sekarang, susah sangat jumpa, bayang apatah lagi.
Baru baru ni kita berjumpa, ohh begitu riang masing-masing.
Walaupun tak semua tapi bersyukur dapat hilang rindu.

 Jumpa tanpa rancang. Selalu begitu. Selalu sangat.
Tak apa, yang penting membahagiakan.
Mula-mula kita sesat, kita pusing ronda satu KL, konon.
Selepas itu, kita makan minum, sambil bergosip tiada henti.
Selepas itu, kita bertemu di satu tempat indah. Cantik sungguh.

Disitu kita ber-hua tak ingat dunia.
Berguling-guling.
Berketawa-tawa.
Berlari-riang.

Walaupun tak cukup kuota,
Tapi masih rasa sempurna.
Tapi sebenarnya tak pun. Sebab tak cukup kuota. kahkah --

Moga ketemu lagi sahabat-sahabat Empayar Media.

Wednesday, February 5, 2014

Bonda

Yang ini tiada ganti, tiada.

Walaupun selalu berkelahi, walaupun selalu tak sependapat, selalu sangat.
Dulu bila jauh, rindu lah, nak balik rumah lah, apa lah,
Tapi bila dah depan mata selalu bergaduh, selalu melawan.
Bila kata A, aku nak B. Bila soal sepatah, aku jawab berpatah patah.
Teruk punya anak --

Kalau orang lain, mama, emak, ibu, umi, adalah bestfriend ,
Tapi tak aku. Kekok sikit. Tak biasa weyhh, nak jugak tapi tak reti. Aku tahu aku rugi.
Tapi sekarang perlahan lahan untuk cerita semuanya, perlahan lahan.
Tapi, mama tetap mama. Dia selalu ada disisi, selalu --

Tak banyak sangat persamaan dengan mama,
lebih banyak ikut papa, ego, cepat marah,
Tapi kecik molek ikut mama. Sulung tapi seperti anak keempat, itu lah aku.

Satu pesan dia,
"Kalau kita buat baik dengan orang, orang baik dengan kita"

Kalau jadi ibu nanti, aku nak seperti mama,
Tapi kalau ada anak, aku tak nak anak seperti aku,
Tapi karma weyh. Apa kita sekarang, itu lah masa depan kita nanti.



"Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu"

Dengarlah, dan hayati --