Antara manusia-manusia yang membahagiakan, mereka.
Dulu, setiap hari jumpa, pagi, petang, siang, malam.
Tapi sekarang, susah sangat jumpa, bayang apatah lagi.
Baru baru ni kita berjumpa, ohh begitu riang masing-masing.
Walaupun tak semua tapi bersyukur dapat hilang rindu.
Jumpa tanpa rancang. Selalu begitu. Selalu sangat.
Tak apa, yang penting membahagiakan.
Mula-mula kita sesat, kita pusing ronda satu KL, konon.
Selepas itu, kita makan minum, sambil bergosip tiada henti.
Selepas itu, kita bertemu di satu tempat indah. Cantik sungguh.
Disitu kita ber-hua tak ingat dunia.
Berguling-guling.
Berketawa-tawa.
Berlari-riang.
Walaupun tak cukup kuota,
Tapi masih rasa sempurna.
Tapi sebenarnya tak pun. Sebab tak cukup kuota. kahkah --
Moga ketemu lagi sahabat-sahabat Empayar Media.