Thursday, August 6, 2015

Kawan rapat lelaki


Aku terlampau ramai kawan lelaki,
Tapi ada seorang dua yang rapat boleh cerita memacam (tapi tak lah memacam sangat)
Ni nak cerita pasal kawan rapat yang baru mula rapat.

Bukan boyfriend, tapi tulah. Ramai sangat ingat kitaorang couple.
Lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan rapat ke?
Dulu, dia lah yang bagi semanagat bila aku jatuh tersungkur,
Walapun sebenarnya dia datang lambat.

Mungkin sebab aku single & dia single tu yang ramai ingat bercinta,
Sampai kawan kawan rapat yang lain pun fikir macam tu,
Tetapi dia tengah usha seorang perempuan yang sangat wowww cantiknyaaaaa,
Aku doa kau berjaya, & in shaa Allah ada jodoh tak kemana.

Kepada kau lelaki berkenanan;
Thankyou sebab selalu jugak lah ada dengan aku,
Selalu nasihat aku itu ini, terutama time aku give.
Aku tengah give up tetiba kau muncul dan terus bebel pajang menjela pulak tu.
Kau selalu bahan aku, kau punya bahan tu padu sampai aku tak reti nak balas, tapi " ada ubi ada batas, ada hari aku balas"
Last, kau "lelaki annoying"  J

Bercinta lagi?

Sekarang ni, ramai betul kawan kawan nak kenen kenen kan dengan lelaki itu lelaki ini,
Aduh saya tak desperate, & langsung tak pernah suruh dorang carikan. Saya tahu, tujuan dorang nak tengok saya bahagia, mungkin.
Tapi, korang tak tahu ke, masa saya sedih dulu masa saya tengah jatuh tersungkur dulu, korang lah yang buat saya gembira. So, why kena ada someone buat saya happy?

Okey, sikit pun saya tak serik bercinta. Kadang-kadang tu ye, cemburu tengok tengok couple lain. Tapi kalau sebab cemburu tu utk ada someone special? Ohhh come on, bukan saya lah. Saya tak nak tersungkur lagi hanya kerana reason yang remeh temeh macam tu.

Umur makin meningkat, jadi lepas ni saya bukan nak carik boyfriend tapi nak cari future husband.
So pada kawan kawan yang tengah kenen kenen kan tu, pastikan future husband bukan boyfriend/pakwe. Sebab apa, sebab saya penat bercinta bertahun tahun.

Haa, pada yang tanya 'kau tak move on lagi?"
Come on, aku bukan bercinta setahun dua. rasa dulu apa aku rasa.
But dont worry, alhamdulillah. my life is going very well.

Mahu Jadi Serba Boleh

Aku punya impian, terlampau banyak
Salah satunya, tengok mama papa tersenyum bangga dengan anaknya.
Walaupun aku pernah tengok, tapi aku belum puas.
Sebab apa, sebab mereka dari kecik buat aku tersenyum sampai umur sekarang ni.
So, tak kan aku nak bagi dorang senyum haya setakat boleh kira dengan jari.

Aku anak sulung. Apa apa, semua atas bahu aku.
Aku bagi mama papa segulung diploma (walaupun tak pernah dean list)
Aku juga harap aku dapat bagi mama papa segulung ijazah dengan harapan dapat dean list,
Aku harap aku dapat bagi menantu yang serba baik serba boleh cukup pegangan iman,
Tetapi dengan syarat. Segala impian ku tercapai. In shaa Allah dengan izin-Nya. tapi kalau jodoh sampai awal kita jalan je lah. 

Aku anak sulung, walaupun ada adik lelaki bawah aku,
Tapi aku nak apa apa dorang carik aku, minta tolong aku.
Aku nak dorang jadikan aku sebagai semangat dorang untuk berjaya,
walaupun aku banyak kali gagal.
  
Aku tak akan mengalah, walaupun aku cepat mengalah
Kita cuba.