Sunday, May 31, 2015

Rezeki

Rasa dah lama tak buat makan-makan,
Masak best-best, jemput orang datang rumah,
Lepas tu tengok orang makan dengan lazat.

Nikmatnya rasa itu.
In shaa Allah nanti ada rezeki lebih,
Siapa tahu.

Thursday, May 28, 2015

Geng "Creative Behind The Lens"

LECTURE . STUDENT . ARTWORK

Berbulan sama kelas,
Tapi, seminggu sebelum exhibition,
Baru semua bergaul,
Memang macam tu ke jadinya.

Subject photography,
Ajar aku untuk jadi seorang photographer,
Tak senang & tak susah,
Jadi, kalian diluar tu,
Jangan pandai main sebarang cakap.

Last, thank you everyone. Congratulation everyone.

Wednesday, May 27, 2015

SIMBIOSIS

Konon kata ‘sharing is caring’,
Tapi bila dah share kau berkira,
Apa motif tu wahai manusia yang aku panggil kawan?

Aku terlampau ramai kawan,
Macam-macam kategori ada,
Kawan yang semua rahsia aku dalam poket dia,
Kawan yang selalu ada masa ketawa gelak happy aku,
Kawan yang tiba-tiba hilang masa susah jatuh miskin aku,
Kawan yang selalu bagi semangat bila jatuh aku,
Kawan yang kaki bahan suka menyakat,
Kawan yang depan cerita lain belakang cerita lain.

Penuh warna-warni.
Aku suka, tapi ada part yang aku tak suka.
Tapi aku kena lalui,
Tapi aku stress kena hadap orang macam ni.

Lagi banyak kawan kita kenal,
Lagi banyak hati yang kita kena jaga.

Sebenarnya, lagi bagus takda kawan ramai tau.

Saturday, May 23, 2015

Zombie zomba!

Biasalah, hujung-hujung semester tak jadi manusia dah.
Tidur lambat bangun cepat,
Jadi burung hantu pun ye jugak.

Untuk semester 2 ni, jadual tak tentu,
Pergi pagi, sampai rumah malam,
Macam dah kerja rasanya,
Sakit, semua sakit.
Sakit hati, sakit jiwa, sakit badan.

Untuk semester 2, aku rasa macam semester 5 6 dah.
& untuk pertama kalinya selama belajar ni,
Study week aku ada assignment/final projet,
Study week aku tak balik Seremban lama-lama,
#degreelife sangat!

Gais, good luck final exam ye!
Semoga result nanti setimpal dengan apa yang dikorbankan!

Friday, May 22, 2015

Untuk MAF

"Terima kasih untuk keputusan ini,
& terima kasih sebab pernah disayang menyayang,
Walaupun mula-mula sakit,
Tapi lama-lama dah okey.

Saya doakan awak, awak doakan saya ye.
Jangan risau, saya maafkan semua silap,
Awak maafkan jugak ye.

Banyak-banyak janji,
Janji ni yang saya masih pegang,
Kita berjaya hingga akhirnya & jangan putus asa,
Kalau awak ingat."

p/s; Saya tahu awak baca. :)

Dia tak jahat!

Janganlah buruk-burukkan dia,
Janganlah kata dia jahat,
Janganlah kata dia tak baik,
Jangan sesekali salahkan dia apa yang jadi,
Bukan salah dia sorang, salah dua-dua.

Makin hari, aku nampak mana kebenaran, mana hikmahnya.
& aku baru perasan satu benda,
Untuk tak nak terus aku disakiti,(sebab dia tahu perangai dia)
Dia buat macam macam cara,
& mungkin cara terakhir itu dia berjaya.

Aku sakitkan dia, dia sakitkan aku,
Bertahun-tahun, siapa tak penat.
Akhirnya ini yang terbaik,
Berhenti sakitkan hati masing-masing.

Aku dah lapangkan dada, biar dia pergi,
Biar dia carik jalan dia, masa depan dia & mungin jodoh dia.
Dan untuk pertama kalinya aku tak rasa sakit untuk melepaskan semuanya,
Mungkin dia pun dah berlapang dada,
Tuhan ada kan weyh!

Aku dah kata, kalau jodoh, itu masa depan punya cerita.

Dulu pernah!

Pernah tak kau rasa sayang kat seseorang?

Sampai apa dia buat , apa dia cakap, apa dia fikir, apa dia buat, apa dia percaya, apa dia suka, apa dia benci, apa dia makan, apa dia pakai,
Semua kau nak tahu kan?

Sampai kau sanggup maafkan semua silap dia,
Sanggup lupakan semua silap dia,
Sebab nak lupakan silap tu lagi mudah dari kau pilih untuk lupakan dia.

Sampai dia kau letak paling atas,
Apa orang lain cakap, apa kanan kiri bisik,
Kau dengar tapi kau tak peduli,
Kau tak kesah apa orang kata.

Sampai kau bukan setakat bayangkan malah kau doakan.

Dulu-dulu, itu aku, bertahun-tahun lah jugak,
Aku jadi macam tu, bukan dia minta,
Tapi biasa lah kadang-kadang orang bercinta terlebih semuanya.
Aku sesekali tak salahkan dia.
Tapi aku jadi kan pengajaran.

Akan aku jauh semua yang pernah aku buat dulu-dulu,
Benda yang buruk, teruk, jahat dan bla bla!

Manusia harus diberi peluang keduakan?

Monday, May 11, 2015

Bahan.

Setiap hari kena bahan,
Sana sini kena bahan,
Pagi petang malam kena bahan.
Orang kata, tak kawan lah kalau tak kena bahan.

Setakat ni, kena bahan masih boleh diterima hati dan otak.
Tapi, kalau satu haru ada sampai yang tak boleh terima,
Tak tahu nak kata apa.

Rasanya, tukang bahan tu boleh fikir kot,
Nak membahan fikir kiri kanan perasaan.

Contoh, nak buat kek perlukan bahan,
Bahan kena sempurna,

Kalau bahan lebih kan tak jadi tu.

Monday, May 4, 2015

Dunia aku

Aku tak boleh hidup tanpa keluarga disisi,
Jugak tanpa teman disisi,
Mesti ada kurang.

Tapi, ada satu masa aku perlu bersendiri,
Duduk sorang-sorang bawak diri entah kemana,
Termenung sendiri entah jauh kemana,
Berjalan sendiri tanpa tujuan arah kemana,
Tapi benda tu best.

Sebab, tak selalu kita perlu sesorang ada dengan kita.

Tapi, bila dah sendiri,
Dalam kepala otak ni macam-macam ada,
Ahh, biasalah. Namanya pun manusia--