Satu panggilan, satu suara, satu intonasi.
Aku berdebar, aku tak sabar, Aku tak keruan.
Pelbagai benda yang aku fikir,
Dan salah satunya adalah ini.
Benda yang aku tak nak terjadi,
Benda yang aku fikir kemudian buang jauh,
Tapi itu juga yang terjadi.
Aku tewas. Aku kalah.
Aku fikir aku patut bangga dengan ini semua,
Aku fikir bahagia ini aku punya akhirnya.
Silap, ini semua bukan milik aku lagi --