Kadang aku tak faham apa yang jiwa tua fikir.
Kadang aku terpaksa mengalah dengan jiwa tua.
Kadang aku berbalah dengan jiwa tua.
Maka, jadilah aku si durhaka.
Aku mahu nasihat, tapi layak ke aku?
Aku mahu larang, tapi apa status aku?
Aku mahu herdik, tapi tertanggung ke dosa ku nanti?
Maka, dalam hati ia duduk.
Dan seterusnya, telinga telinga lain jadi mangsa luah aku.
Dan seterusnya, semua kerja tunggang langgang.
Dan seterusnya, ini lah ceritanya.
Betul, kita tak akan faham apa yang jiwa tua fikir.
Sebab, kita masih dalam jiwa muda.
Sama ada aku memberontak, atau si jiwa tua yang memberontak?