Mahu tanya.
Siapa Engkau?
Jangan fikir Engkau rapat dengan si polan dan polan,
Engkau boleh buat ikut rasa Engkau je.
Jangan fikir macam tu --
Tengok dulu siapa Engkau, dan tengok dulu siapa yang Engkau arah.
Jangan memandai-mandai, jangan sesuka hati --
Dengan orang lain Engkau di arah, dan Engkau ikut.
Bila dengan orang yang lain pula, yang tahu diam dan menurut,
Engkau pulun pada dia, Engkau arah itu ini, Engkau maki hamun.
Engkau fikir Engkau siapa?
Jangan begitu,
Nanti lama-lama memakan diri Engkau sendiri.
Jangan Engkau ikut perasaan sendiri, tanpa fikir yang lain.
Beringat wahai engkau.