Sunday, December 28, 2014

Tipu bodoh

Kalau namanya manusia, tak pernah lari dari tipu muslihatkan?

Dan aku yang bodoh terus ditipu,
Tak  kesahlah kena tipu dengan siapa, tapi tetap tipu.

Lepas ni, jangan tanya kenapa aku tak percaya,
Dengar je, percaya tak.

Kenapa aku percaya bulat bulat?

Bodoh --

Friday, December 26, 2014

tahun 2014

2014 bakal melabur tirai.

Tahun yang terlampau banyak sangat momen indah,
Jumpa dengan kebanyakkan orang.

Antaranya,
Praktikal kat PKNNS. first time masuk alam kerja,
Habis diploma kerja kat Hospital Seremban,
Kemudian dapat tawaran sambung belajar, UniKL.
Aku konvo dengan jayanya.

Itu antara moment indah.

Dan moment  yang tak sepatut ada,
Berpisah dengan kawan kawan kolej,
Berpisah dengan kawan pejabat,
& berpisah dengan orang yang aku panggil kekasih.

Itu untuk diri sendiri.

Tapi untuk negara, lepas satu satu musibah datang.
Hilangnya pesawat, terhempasnya pesawat,
Kini hujan tanpa henti hingga air naik setingginya.

Tapi aku syukur dengan semua kenangan ini,
Moga ini semua ada hikmah --


Wednesday, December 17, 2014

Paling tenat

Aku tahu,
Bukan aku sebaik wanita,
Untuk dijadikan kawan,
Untuk dijadikan sahabat,
Untuk dijadikan teman.


Aku tahu,
Kepercayaan itu bukan sesuatu seperti
memancing ikan terus dapat.

Hal kepercayaan perlukan bukti,
Bukti kasar yang menolak kata kata.

Lama mana kau kenal orang,
Banyak lagi kau percaya,
Macam itu saja konklusi kita.

Teringin benar aku,
Tanam semua kata kata kau,
Sekalipun hanya untuk tanam,
Terus kepada sel akuyang paling dalam.

Harus bagaimana lagi aku ?

Sekarang,
Kau bunuh sesuatu yang aku sebut itu,
PERCAYA.

Pedih aku, Tuhan yang tahu--

Rasuah hati.

Hati,
Bertabahlah kamu.
Ini belum hujung dunia yang kamu temukan,
Ini baru permulaan yang kamu jejakkan.

Kalau semua benda pun
Kamu vakum kamu nak sakit,
mahu mati umur 30.

Bilamana saja rasuah hati terjadi,
Jangan bikin kaget.
Ia mungkin lebih konkrit,
Dari mana mana perisai,
Yang engkau pernah binakan.

Saat itu,
Engkau hanya perlu duduk diam.

Tinggal untuk move on--

Sunday, December 14, 2014

Bunga di tanam

Bercinta ni macam tanam bunga, kadang-kadang.
Kau baja dia, kau siram dia,
tup tup bila dah jadi bunga yang cantik,
orang petik dia

14/12/2014

Lagi satu tarikh yang sangat menyentapkan hati.
Ranap bila fikir semuanya.

Betul, bulan Disember terlampau banyak banyak banyak kenangan.
Biar aku simpan rapi, izinkan.

Nombor yang aku pegang rapi,
Nombor yang tak pernah aku lupa.
Nombor yang aku guna sebagai password untuk semua peti rahsia,

Dengan ini, aku katakan. 121431 is over.
Tapi  jodoh kat tangan Dia.
so MUNGKIN--

Friday, December 12, 2014

12/12/2014

Sepatutnya, tarikh ini ditunggu setiap tahun.
Konon tarikh ini, tarik kenal.

Tapi sekarang ni, tarikh ini masih boleh disimpan dan dipegang erat.
Sebab, jadi kawankan. Tak baik putuskan persahabatan.

Masuk tahun ke-6,
Sepatutnya--

Wednesday, December 10, 2014

Honey madu.

Dulu, aku paling suka dipanggil "Honey"
Last-last aku "di-honey-kan.

Paling aku benci, share. Konon sharing is caring.

Kan best kalau ada sayap, boleh terbang tinggi.
Tapi aku bukan lebah, jadi aku benci madu--

Aku nak tukar, aku tak nak sayap lebah, dah lah bisa.
Jadi sayap apa aku nak pinjam?

Thursday, December 4, 2014

L . O . V . E

Everyone has a different definition of love.
Love to one person is letting go even if it hurts them.
Another person would give up love for someone in a better situation.
It sometimes starts with imagination.
It's motivation to live for some and is a mystery to solve for others.
Regardless, love is a blissful thought that makes hearts flutter and is a hope.
And love can bring a bright smile to everyone's face.