Friday, October 31, 2014

Hati & perasaan

Dalam dunia ni, kan best kalau tak perlu jaga hati orang.
Sebab takut hilang seseorang, hati orang tu kena jaga.
Tipu kalau orang sana sini tak ada buat salah, tapi kadang kadang kita yang kena beralah.

Kau tahu apa paling teruk?
Paling teruk , kau fikir perasan orang, sedangkan perasaan sendiri langsung tak fikir.
Paling teruk, kau biar orang sakitkan hati kau, sedangkan kau diam tanpa buat apa apa.
Paling teruk, kau biar orang tu puas sedangkan kau merana menanggung sakit.

Dunia tidak adil atau diri sendiri yang tidak adil ?


Thursday, October 30, 2014

Aku maafkan orang, tapi..

Orang buat itu ini,
Orang maki itu ini,
Orang cerita buruk itu ini,
Orang tipu itu ini,
Aku juga yang sakit.

Orang merayu minta maaf,
Yes, aku maafkan. Tapi melupakan bukan aku.


Sampai mati aku tak akan lupa apa yang orang-orang itu buat.

Thursday, October 9, 2014

Badis tak kan terpisah.

Aku tengah koyak,
dia baca buku Seksi Ovari di telingga aku,
Aku makin rabak,
Tapi engkau orang pandai handle.

Aku tengah koyak,
Tapi korang terus melawak,
Maka ketawa lupa semua dusta.

Aku tengah koyak,
Tapi korang sudi dengar cerita bodoh lagi tolol,
juga bagi ceramah. 

Salute gang.


Terus ada kat sisi weyh--

Wednesday, October 8, 2014

Jarak jauh

“Eh, kau percaya ke boyfriend kau?”
“Macam mana kau boleh percaya cinta jarak jauh?”
“Kau yakin ke dia setia dengan kau”

Antara aku tolol atau memang aku yakin,                 
Tolong jangan persoalkan.
Kalau betul apa yang mereka sangka, biarkan –

Biar aku sendiri jumpa penipuan itu,
Biar aku sendiri yang rasa,
Biar aku sendiri yang lalui.

Aku tahu, bila aku jumpa nanti pasti aku sakit,
Ah biarkan. Aku dah lali.
Biarkan aku sendiri yang give up.


Thursday, October 2, 2014

Sentap

Aku perasan,
Setiap bulan, atau dua bulan sekali,
dalam seminggu dua mesti ada terasa,
sentap menusuk kalbu.

Benda kecik, tapi dia punya sentap bukan main,
rasa macam nak terjun bangunan,
Rasa apa yang cilaka sangat tu?

Jauh jauhkan perasan ini,
Teruk tau rasa. --

Ketiga.

Selama beberapa tahun,
Ini yang pertama, muncul orang ketiga.

Tak pernah aku rasa, tak pernah aku lalui,
Kau rasa?

Gelabah aku, raung aku, meroyan aku,
semua itu pasti ada.

Tapi, 
dia masih juga disisi.
Dan yang ketiga itu,
semua hasutan.

Terima kasih,
kerana masih terus disisi.