Thursday, December 4, 2014

L . O . V . E

Everyone has a different definition of love.
Love to one person is letting go even if it hurts them.
Another person would give up love for someone in a better situation.
It sometimes starts with imagination.
It's motivation to live for some and is a mystery to solve for others.
Regardless, love is a blissful thought that makes hearts flutter and is a hope.
And love can bring a bright smile to everyone's face.

Friday, November 28, 2014

Kalau saja...

Kalau saja jalan itu tak pernah ada,
Mungkin kau tak akan melintas di sana dan bertemu dia,
atau juga mungkin tidak bertemu aku.

Tapi jalan itu terlanjur ada,
Maka bermulalah semuanya.

Yang kita sendiri tidak tahu,
Mana satu jalan matinya--


Thursday, November 27, 2014

Parah

Setiap hari aku fikir ayat ini,
Setiap hari hati aku berkata kata ini,
"Andai ada jodoh tak kemana"

Aku boleh tipu semua orang,
Kadang kadang, aku juga tipu diri aku,
Untuk tutup semua luka lara.
Tapi sampai satu tahap, hati aku yang menangis.

Sakitnya cinta yang tak kesampaian ni.

Memori

Kadang kadang aku rindu tawa kau,
Kdang kadang aku rindu suara kau,
Kadang kadang aku rindu kata semangat kau.

Ada masa, aku terdengar suara kau,
Ada masa, aku terbau wangian kau,
Ada masa, aku terlihat rupa kau.

Aku rindu kau,
Tapi sebenarnya aku rindu memori kita,
Itu sebenarnya--

Sunday, November 9, 2014

Bukan mimpi

Semalam sebelum tidur, aku fikir ini semua khayalan
Bila bangun nanti, aku fikir ini mainan tidur.
Tapi aku terjaga tidur terjaga tidur terjaga.
Maknanya ini bukan mimpi.

Ahhh, kenapa ini semua realiti.
Tak tertanggung

Adakah bala?

Tiba-tiba, ada satu benda yang hempap atas kepala.
Buat aku lumpuh, susah untuk bangun.
Aku belum rasa lagi sakit ini, sakitnya bukan kepalang.

Bagaimana aku harus hadapai.
Orang sekeliling,
Ahh, hati sendiri aku boleh kawal,
Tapi orang lain. Aku harus lalui sendiri.

Bagaimana aku harus hadapai,
Siapa mahu bantu aku bangun,
Apa pandangan orang sekeliling?



Kecundang

Satu panggilan, satu suara, satu intonasi.
Aku berdebar, aku tak sabar, Aku tak keruan.
Pelbagai benda yang aku fikir,
Dan salah satunya adalah ini.

Benda yang aku tak nak terjadi,
Benda yang aku fikir kemudian buang jauh,
Tapi itu juga yang terjadi.

Aku tewas. Aku kalah.

Aku fikir aku patut bangga dengan ini semua,
Aku fikir bahagia ini aku punya akhirnya.

Silap, ini semua bukan milik aku lagi --

Wednesday, November 5, 2014

Jubah Hitam & Topi Hitam

Kolej kemahiran Tinggi MARA Remabu dah habis, tapi cerita KKTMR tak akan pernah habis.

Akhirnya, aku berjaya habiskan Diploma Rekabentuk Media Digital.
Tapi aku belum rasa merdeka, Rasa merdeka tak akan kekal lama.
Sebab, perjalanan hidup aku belum habis,
masih panjang lagi yang perlu aku lakukan.

Aku belum puas dengan kejayaan yang ada,
Tapi aku bersyukur sebab diberi peluang rasa semua ini.

Untuk keluarga, terima kasih untuk semua pengorbanan, tak ternilai harganya.
Untuk rakan sepejuangan, terima kasih atas semua pertolongan,
Untuk pengajar, terima kasih untuk semua ilmu.

Itu sebab, cerita KKTMR tak akan pernah habis.

Friday, October 31, 2014

Hati & perasaan

Dalam dunia ni, kan best kalau tak perlu jaga hati orang.
Sebab takut hilang seseorang, hati orang tu kena jaga.
Tipu kalau orang sana sini tak ada buat salah, tapi kadang kadang kita yang kena beralah.

Kau tahu apa paling teruk?
Paling teruk , kau fikir perasan orang, sedangkan perasaan sendiri langsung tak fikir.
Paling teruk, kau biar orang sakitkan hati kau, sedangkan kau diam tanpa buat apa apa.
Paling teruk, kau biar orang tu puas sedangkan kau merana menanggung sakit.

Dunia tidak adil atau diri sendiri yang tidak adil ?


Thursday, October 30, 2014

Aku maafkan orang, tapi..

Orang buat itu ini,
Orang maki itu ini,
Orang cerita buruk itu ini,
Orang tipu itu ini,
Aku juga yang sakit.

Orang merayu minta maaf,
Yes, aku maafkan. Tapi melupakan bukan aku.


Sampai mati aku tak akan lupa apa yang orang-orang itu buat.

Thursday, October 9, 2014

Badis tak kan terpisah.

Aku tengah koyak,
dia baca buku Seksi Ovari di telingga aku,
Aku makin rabak,
Tapi engkau orang pandai handle.

Aku tengah koyak,
Tapi korang terus melawak,
Maka ketawa lupa semua dusta.

Aku tengah koyak,
Tapi korang sudi dengar cerita bodoh lagi tolol,
juga bagi ceramah. 

Salute gang.


Terus ada kat sisi weyh--

Wednesday, October 8, 2014

Jarak jauh

“Eh, kau percaya ke boyfriend kau?”
“Macam mana kau boleh percaya cinta jarak jauh?”
“Kau yakin ke dia setia dengan kau”

Antara aku tolol atau memang aku yakin,                 
Tolong jangan persoalkan.
Kalau betul apa yang mereka sangka, biarkan –

Biar aku sendiri jumpa penipuan itu,
Biar aku sendiri yang rasa,
Biar aku sendiri yang lalui.

Aku tahu, bila aku jumpa nanti pasti aku sakit,
Ah biarkan. Aku dah lali.
Biarkan aku sendiri yang give up.


Thursday, October 2, 2014

Sentap

Aku perasan,
Setiap bulan, atau dua bulan sekali,
dalam seminggu dua mesti ada terasa,
sentap menusuk kalbu.

Benda kecik, tapi dia punya sentap bukan main,
rasa macam nak terjun bangunan,
Rasa apa yang cilaka sangat tu?

Jauh jauhkan perasan ini,
Teruk tau rasa. --

Ketiga.

Selama beberapa tahun,
Ini yang pertama, muncul orang ketiga.

Tak pernah aku rasa, tak pernah aku lalui,
Kau rasa?

Gelabah aku, raung aku, meroyan aku,
semua itu pasti ada.

Tapi, 
dia masih juga disisi.
Dan yang ketiga itu,
semua hasutan.

Terima kasih,
kerana masih terus disisi.

Friday, July 25, 2014

Kosong-kosong



Memaafkan itu adalah yang terbaik.
Tapi menyakitkan orang itu pula apa?
Memalukan orang di depan orang itu apa pula?
Membuka aib orang itu apa pula?

Aku mungkin bisa memaafkan,
Tapi bukan melupakan apa yang jadi.

Aku berkata kepada semua,
Sekeliling yang kadang menyakitkan.

Kalaulah aku boleh kosong-kosongkan
dan kalaulah melupakan itu semudah abc----

Wednesday, July 9, 2014

Selesai 3 tahun

Selesai diploma selama 3 tahun.
Penat berhempas pula, bersengkang mata demi Diploma Media Digital Design.

Lepas 3 tahun, semua kegiatan masa kolej, aku sangat rindu. Terutamanya kawan kelas. Moga persahabatan kita tak berhenti dan moga ada rezeki kita jumpa di peringkat seterusnya.

Moga-moga --

Monday, April 7, 2014

Wahai 'Engkau'

Mahu tanya.
Siapa Engkau?
Jangan fikir Engkau rapat dengan si polan dan polan,
Engkau boleh buat ikut rasa Engkau je.
Jangan fikir macam tu --

Sebelum Engkau arah itu ini,
Tengok dulu siapa Engkau, dan tengok dulu siapa yang Engkau arah.
Jangan memandai-mandai, jangan sesuka hati --

Dengan orang lain Engkau di arah, dan Engkau ikut.
Bila dengan orang yang lain pula, yang tahu diam dan menurut,
Engkau pulun pada dia, Engkau arah itu ini, Engkau maki hamun.
Engkau fikir Engkau siapa?

Jangan begitu,
Nanti lama-lama memakan diri Engkau sendiri.
Jangan Engkau ikut perasaan sendiri, tanpa fikir yang lain.
Beringat wahai engkau.

Thursday, April 3, 2014

Ombak besar

Sebelum ni aku enak berasmara di atas kapal mewah,
Kadang turun lalu naik sampan dan berdayung dengan dayung terpilih.

Ombak kecil selalu terpicik dimuka,
Itu biasa, aku masih boleh elak,
Tapi bila ombak besar datang, macam mana aku nak elak?

Tengah di landa badai, yang aku cipta sendiri.
Tengah jadi anai anai pada pendayung yang cukup mahal.
Tengah menempah maut. 

Depan tu ombak besar, cara apa untuk aku selamatkan diri?
Masih adakah pelampung untuk menyelamat aku?

Tolol ke aku menjadi anai-anai pada si pendayung?
Lalu ombak marah dan terus membesar?

Wednesday, April 2, 2014

Yang dulu dulu

Aku mahu kisah dulu
Bukan aku kata sekarang tak best,
Bukan aku kata sekarang tak indah,
Bukan aku kata sekarang jelek,
Tapi aku rindu yang dulu.

Yang dulunya dengan keluarga,
Selalu ada di rumah bersantai sama-sama,
Selalu tengok tv ramai-ramai depan tv,
Selalu bercuti yang cuma hanya gelak tawa (tanpa talipon pintar)
Selalu berbuka puasa ramai-ramai,
Selalu pergi mana-mana mesti cukup semua,
Tapi sekarang?

Yang dulunya dengan sepupu,
Selalu ke kampung bila cuti sekolah,
Selalu main pondok-pondok kawin-kawin,
Selalu tidur pukul 12 1 pagi,
Selalu menoreh getah pagi pagi,
Selalu kutip duit raya dari rumah ke rumah.
Tapi sekarang?

Yang dulunya dengan teman,
Selalu datang rumah borak sampai magrib,
Selalu naik basikal keliling taman,
Selalu naik motor dari satu taman ke satu taman,
Selalu ponteng sekolah bila waktu petang,
Selalu merayau tak ingat dunia,
Tapi sekarang?

Yang dulunya dengan kekasih
Selalu berkongsi semuanya,
Selalu msg hampir 24 jam, call berjam-jamnya,
Selalu bercerita itu ini tanpa henti hingga tiada rahsia,
Tapi sekarang?


Tapi,
Siapa aku untuk dapat balik itu semua?
Siapa aku untuk perkotak-katik itu ini?
Siapa aku untuk putar balik yang lepas?

Tapi,
Aku bersyukur sebab punya semua kenangan itu,
Syukur--

Tuesday, April 1, 2014

Jiwa tua.

Kadang aku tak faham apa yang jiwa tua fikir.
Kadang aku terpaksa mengalah dengan jiwa tua.
Kadang aku berbalah dengan jiwa tua.
Maka, jadilah aku si durhaka.

Aku mahu nasihat, tapi layak ke aku?
Aku mahu larang, tapi apa status aku?
Aku mahu herdik, tapi tertanggung ke dosa ku nanti?
Maka, dalam hati ia duduk.

Dan seterusnya, telinga telinga lain jadi mangsa luah aku.
Dan seterusnya, semua kerja tunggang langgang.
Dan seterusnya, ini lah ceritanya.

Betul, kita tak akan faham apa yang jiwa tua fikir.
Sebab, kita masih dalam jiwa muda.
Sama ada aku memberontak, atau si jiwa tua yang memberontak?